top of page
Search

Fakta Beras Pulut Yang Perlu Anda Tahu




Beras Pulut dikenali sebagai Nuo Mi di dalam Bahasa Cina dan Chipachipe Chaaval di dalam Bahasa India. Beras Pulut amat terkenal dengan masakan tradisi tempatan Malaysia antaranya Pulut Mangga, Pulut Inti, Nasi Kunyit, Lemang dan sebagainya. Beras Pulut MEWAH merupakan bijirin gilingan premium putih dan legap sepenuhnya.

Beras Pulut ini diimport khas dari salah satu pengeluar tanaman kelas premium Thailand. Berikut merupakan beberapa kelebihan Beras Pulut MEWAH dalam hidangan kegemaran anda:


  • Mengandungi sumber Karbohidrat, Serat dan Protein harian

  • Mengandungi kandungan mineral seperti Natrium dan Besi

  • Bebas gluten, bebas kolesterol, rendah lemak dan rendah kalori

  • Mempunyai tekstur yang halus, lembut, melekit dan kenyal dengan aroma istimewa

  • Rasanya lebih berlemak dan manis berbanding nasi putih biasa

  • Sesuai untuk Vegan dan Vegetarian

  • Memberikan rasa hidangan kegemaran anda lebih lazat dengan keenakan rasa rempah-ratus dan lauk-pauk

  • Sesuai untuk hidangan harian, tempatan dan antarabangsa


Cadangan Penyimpanan:

Letakkan di tempat yang kering dan jauh daripada matahari.


Cara Memasak:

1. Masukkan 2 cawan beras ke dalam periuk nasi kemudian bilas.

2. Tambah 2 cawan air untuk 2 cawan beras.

3. Tambah 1 sudu teh garam (pilihan).

4. Masukkan ke dalam periuk nasi dan hidupkan suis.

5. Jangan buka penutup periuk semasa nasi sedang masak.

6. Apabila nasi sudah masak, gemburkan nasi dengan perlahan menggunakan garfu. Siap untuk dihidangkan.


Cadangan Resepi: Pulut Kuning Kukus

Bahan-bahan:

• 500 gm beras pulut (Mewah Glutinous Rice)

• 1 sudu teh serbuk kunyit (Mewah Organic Turmeric Powder)

• 500 ml santan - 200 ml santan pekat dicampur dengan 300ml air

• 1 sudu teh garam (Mewah Premium Australian Sea Salt)


Cara menyediakan dan memasak:

1. Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit selama 2 ~ 3 jam. Toskan. Panaskan kukusan.

2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang pengukus.

3. Campurkan garam ke dalam santan dan kacau rata.

4. Masukkan santan ke dalam loyang yang berisi pulut. Ratakan.

5. Kukus selama 30 - 40 minit.


Petua-petua menyimpan Beras MEWAH:



1. Daun limau purut

  • Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja dapat menghalang kutu daripadanya, ianya juga dapat menghilangkan beras daripada bau hapak


2. Daun Pandan

  • Kutu beras tidak suka dengan bau daun pandan

  • Kebaikannya, beras akan menjadi lebih wangi

3. Cili kering

  • Dapat menghalang beras daripada dimakan bubuk

4. Jemur

  • Petua ini selalu digunakan oleh orang-rang tua sejak zaman dahulu

  • Letakkan beras yang telah dihuni oleh kutu beras di dalam bekas yang terbuka atau di dalam dulang

  • Jemurkan beras tersebut di bawah sinaran matahari

5. Daun belimbing buluh

  • Simpankan beras dengan dua atau tiga daun belimbing buluh yang telah kering


6. Kulit kayu manis

  • Aroma khas daripada kulit kayu manis akan membuat kutu rasa tidak selesa

7. Masukkan stok beras di dalam peti sejuk

  • Menurut pakar, suhu rendah atau sejuk boleh membunuh semua serangga, termasuk kutu beras

Beras-beras MEWAH boleh didapati di:


Supermarket:

1. VILLAGE GROCER

2. MR.DOLLAR

3. ECO SHOP RM2.10

4. NOKO

5. JAYA GROCER

6. PASARAYA OTK

7. AEON

8. COLD STORAGE

9. ISETAN

10. SOGO

11. JUST FRUITS

12. SELECTION KL

13. MYNEWS

14. SC MARINE

15. SUPER7-VIVA HOME

16. TOP ZELLER (NSK)

17. VEGAN MALAYSIA PLT

18. FRESH ST.GROCER

19. MERCERIA SOUTHVILE

20. DE MARKET

21. REDTICK CYBER

22. VEGAN MALAYSIA PLT

23. REDKIARA

24. ECO MART

25. OLIVER GOURMET

26. URBAN FRESH

27. STAR GROCER

28. SAMS GROCERIA











Online Platform:












24 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page