10 Resepi Nasi Goreng Pilihan!
- MEWAH My 
- Dec 19, 2023
- 5 min read
Updated: Oct 1

| Tak tahu nak masak menu apa untuk keluarga? Nah, MEWAH bawakan 10 resipi mudah nasi goreng pilihan hidangan bersama sekeluarga. Klik link di bawah untuk ketahui resepi. NASI GORENG JAGUNG MANIS :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=799622155300194&set=pb.100057572494332.-2207520000&type=3 Bahan-Bahan -1 biji jagung manis -1 biji bawang merah -2 ulas bawang putih -1 sudu serbuk kunyit -1 sudu minyak untuk menumis -1 mangkuk Nasi Putih (Beras Fragrant Mewah) -Garam secukup rasa. Cara memasak: 1) Relaikan biji jagung dari tongkol-nya. 2) Cincang halus bawang merah dan juga bawang putih. Boleh juga nak tumbuk dengan batu lesung. 3) Panas minyak masak dalam kuali dan tumis bawang yang dicincang sehingga naik bau. 4) Masukkan nasi putih dan paling elok gunakan nasi yang telah dimasak semalaman tak membazir. 5) Goreng sekejap dalam lebih kurang 5 minit dan masukkan biji jagung yang direlaikan tadi. 6) Gaul sebati kemudian akhir sekali masukan kunyit dan juga garam secukup rasa NASI GORENG DAGING :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=799085995353810&set=pb.100057572494332.-2207520000&type=3 Bahan-bahan:
-Mewah Basmati White Rice
-Mewah Cili Kering
-Mewah Garam Halus
-Daging lembu
-Kacang panjang
-Kicap manis
-1 biji bawang besar
-Cili padi merah dan hijau
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Belacan
Cara Penyediaan:
1. Tumbuk kasar bahan rempah.
2. Rebus daging sehingga empuk dan hiris nipis.
3. Hiris kacang panjang mengikut citarasa anda
4. Sejukkan dan gemburkan nasi
5. Tumis bawang besar.
6. Kemudian masukkan bahan tumbuk.
7. tumis sampai garing dan masukkan sedikit kicap manis.
8. Selepas itu baru masukkan daging.
9. Gaul sebati atau sekata dan masukkan pula nasi. Kacau sehingga rata.
10. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.
11. Siap untuk dihidangkan
 NASI GORENG KARI :
  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=779257214003355&set=pb.100057572494332.-2207520000&type=3 Bahan-bahan :
-Ikan bilis,
-Bawang merah,
-Daun kari,
-Telur 1 biji,
-Serbuk Kari MEWAH,
-Garam Himalaya MEWAH
-Nasi yang sudah dimasak menggunakan Beras Fragrant MEWAH
Cara-cara :
-Mula mula goreng ikan bilis. Angkat.
-Terus tumis bawang merah sedikit dan daun kari sampai wangi.
-Pecahkan telur.
-Masukkan nasi putih dan serbuk kari babas. Agak-agak ya serbuknya.
-Masukkan garam secukup rasa dan gaul sehingga sebati.
-Kemudian letak ikan bilis yang digoreng tadi. Siap.
 NASI GORENG SARDIN :
  https://www.facebook.com/photo/?fbid=779846060611137&set=pb.100057572494332.-2207520000 Bahan-bahan:
-1 mangkuk besar nasi yang sudah dimasak menggunakan beras Fragrant MEWAH
-1 tin besar ikan sardin (ambik isi sahaja)
-4 ulas bawang merah - hiris
-3 ulas bawang putih - hiris
-1 senduk cili kisar (ikut pedas disukai)
-1 batang lobak merah potong dadu
-3 biji telur
-Sedikit garam MEWAH Himalaya
-Minyak untuk menumis
Bahan hiasan:
-Daun sup
-Cili merah
-Bawang goreng
Cara masak :
-Asingkan ikan sardin dari minyak dari tin.. Hancurkan kasar kasar atau ikut yang disukai.
-Panaskan minyak di kuali, tumis bawang hiris hingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar. Masak hingga cili masak dan pecah minyak.
-Masukkan isi ikan sardin dan kacau rata. Masukkan lobak merah dan kacau sehingga agak agak lobak merah suku atau setengah lembut. Kalau nak lebih rangup, masak sekejap sahaja.
-Tepikan bahan ke tepi kuali dan tuangkan telur di bahagian tengah kuali. Bila telur mulai separuh masak, masukkan nasi.
-Kacau rata hingga sebati. Masukkan garam. Sesuaikan rasa.Sebelum dihidangkan, tabur daun sup, cili merah dan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati.
 NASI GORENG PATTAYA :
  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=754759673119776&set=pb.100057572494332.-2207520000&type=3 Bahan untuk nasi goreng:
• 2 cawan nasi putih yang sudah dimasak menggunakan Beras Fragrant MEWAH
• 3 sudu besar minyak masak
• 5 ekor udang, buang kulit
• Sedikit isi ayam, potong kiub
• 1 biji bawang merah, hiris nipis
• 2 ulas bawang putih, hiris nipis
• 4-5 biji cili padi, ketuk hingga pecah
• Sedikit sayur campur
• 1/2 ketul kiub ayam
• Serbuk lada sulah
• Sedikit kicap cair
• Timun, untuk hiasan
• Tomato, untuk hiasan
Bahan untuk salutan atau telur dadar:
• 2 biji telur ayam
• secubit Garam MEWAH Himalaya
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.
3. Masukkan udang, cili padi dan sayur campur, kemudian diikuti nasi putih. Goreng sehingga sebati.
4. Masukkan serbuk lada sulah, kiub ayam, kicap cair dan goreng sehingga masak sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau telur bersama secubit garam. Panaskan kuali berasingan, tuang telur dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata. Pastikan api perlahan supaya telur tidak mudah hangus.
6. Ambil satu mangkuk nasi goreng dan telangkupkan di atas telur dadar. Bungkus nasi goreng dalam bentuk empat segi dan telangkupkan kembali bungkusan nasi goreng ke atas pinggan. Hiaskan dengan timun dan tomato.
 NASI GORENG KAMPUNG :
  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=751036953492048&set=pb.100057572494332.-2207520000&type=3 Bahan-bahan :
• Bawang merah kecil 4 biji,
• Bawang putih 2 biji,
• Cili api hijau 8-10 biji (ikut tahap kepedasan),
• Belacan sedikit,
• Ikan bilis segenggam.
• Nasi yang sudah dimasak menggunakan Beras Fragrant MEWAH 1Kg
Kaedah:
• Tumbuk semua bahan di atas.
• Jika sudah ditumbuk, tumis semua bahan dengan minyak yang panas.
• Bila sudah agak garing, bubuh sedikit sos ikan dan sos tiram. Kacau sebati.
• Masukkan nasi dan perasa. Kacau.
• Bila sudah sebati baru masukkan ikan bilis dan kangkung.
• Sedia untuk dihidang.
 NASI GORENG TELUR MASIN :
  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=748487750413635&set=pb.100057572494332.-2207520000&type=3 Bahan-bahan:
• 2 biji telur masin
• 2 cawan nasi menggunakan Beras Fragrant MEWAH sejuk
• 2 ulas bawang putih
• 3 sudu besar minyak masak
• 1 sudu besar mentega
• Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
• 1/2 cawan daun bawang – di potong pendek
• 2 biji cili padi – sila tambah jika suka pedas
Kaedah:
• Mula-mula rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.
• Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika.
• Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.
• Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi.
• Masak hingga telur agak berbuih, masukkan juga cili padi.
• Kacau udang/ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.
• Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit Garam Himalaya MEWAH.
• Siap untuk dihidangkan.
 NASI GORENG CINA :
  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=749003367028740&set=pb.100057572494332.-2207520000&type=3 Bahan-bahan:
• Nasi yang sudah di masak menggunakan Beras Fargrant MEWAH
• 5 ulas (besar) bawang putih dicincang halus
• 2-3 sudu makan serbuk cukup rasa
• 1-2 sudu makan minyak bijan
• Udang segar secukupnya
• 4-5 biji telur
• 1 mangkuk sayur campur
• Minyak masak secukupnya
Langkah - langkah:
• Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sampai naik bau dan sedikit garing.
• Kemudian masukkan udang segar. Gaul dan biarkan udang masak seketika.
• Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sedikit untuk jadikan telur masak elok. Kemudian kacau untuk hancurkan telur.
• Bila telur sudah masak sempurna, masukkan nasi yang telah direlaikan dan juga sayur campur. Gaul rata hingga semua bahan sebati.
• Seterusnya taburkan serbuk cukup rasa. Kacau seketika supaya perasa bergaul sempurna.
• Masukkan minyak bjian dan kacau lagi.
• Rasa nasi. Jika belum cukup perasanya, boleh tambah serbuk cukup rasa dan juga minyak boleh. Jumlahnya boleh ubah suai ikut cita rasa masing-masing.
• Nasi Goreng Cina sedia untuk dihidang
 NASI GORENG KAMBING :
  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=721264733135937&set=pb.100057572494332.-2207520000&type=3 Bahan-bahan
- 1 mangkuk Nasi Putih(Beras Fragnant Mewah)
- 2 ulas bawang putih*
- 2 ulas bawang merah*
- Kacang buncis hiris dadu
- 2 sudu planta
- 6 biji cili api (diracik)
- Daging batang pinang (hiris halus)
- 2 sudu sos tiram
Cara memasak:
1) Masukkan planta dan tumis bahan bertanda * hingga naik bau.
2) Masukkan daging dan goreng seketika.
3) Masukkan sos tiram dan cili api
4) Masukkan kacang buncis
5) Letak sedikit garam
6) Masukkan nasi putih dan gaul mesra
7) Biarkan seketika dan sedia di hidang
 Selamat Mencuba! | 










Comments