Bagi sesetengah individu dengan masalah kesihatan, menikmati beras mungkin menjadi satu perkara yang membimbangkan kerana dikhuatiri memberikan kesan negatif terhadap kesihatan. Jika anda penghidap diabetes dan mempunyai kencing manis pastinya akan membuatkan anda menjadi lebih berhati-hati dan berwaspada dalam aspek pengambilan makanan.
Namun sebenarnya, pemilihan beras yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah (Low Glycemix Index = Low GI), telah terbukti bukan punca penyakit diabetes. Anda perlu memastikan paras gula dalam darah akan sentiasa terkawal sekali gus menghindari risiko diabetes menjadi lebih kronik. Antara jenis makanan yang perlu dikawal pengambilannya adalah beras.
Usah bimbang! MEWAH Admin akan kongsikan beras yang sihat untuk individu yang menghidap kencing manis. Jadi sudah tiada kerisauan lagi untuk anda mengambil beras (nasi) sebagai makanan ruji harian anda, seperti biasa.
1. Beras Basmati
Beras basmati salah satu jenis beras putih untuk diabetes yang paling sihat buat penghidap masalah kesihatan ini. Ia kerana beras basmati mempunyai indeks glisemik sekitar 43-60, termasuk dalam kategori indeks glisemik rendah hingga sederhana. Jadi, beras putih jenis ini lebih selamat untuk membantu mengawal kadar gula dalam darah. Sekitar 100 gram beras basmati putih dimasak mengandungi 150 kalori, 3 gram protein dan 35 gram karbohidrat. Kehadiran serat dalam makanan yang dimakan dapat menjadikan kadar gula darah anda lebih terkawal.
2. Beras Perang
Kajian dari Harvard Health Publishing menyatakan beras perang mengandungi indeks glisemik dalam jumlah 50, dikira sebagai kategori rendah. Oleh itu, beras ini dianggap sebagai sejenis beras untuk kencing manis yang selamat diambil. Bukan sahaja indeks glisemik rendah, kandungan serat dalam beras perang juga banyak dan menjadikan beras perang sebagai makanan yang tidak akan mempengaruhi paras gula darah. Keadaan ini adalah kerana serat yang terkandung di dalamnya boleh menghalang pembebasan glukosa (gula) ke dalam darah.
Tips masak:
Tempoh memasak sesuatu makanan juga akan memberikan kesan kepada paras indeks glisemik (GI). Ini kerana memasak akan memecahkan struktur makanan: membuatkan ia lebih mudah untuk dicerna dan akan meningkatkan kadar gula dalam darah. Sebagai contoh, mengambil bubur mempunyai kadar GI yang lebih tinggi daripada beras biasa.
Pastikan pengambilan beras dalam diet pemakanan harian anda diiringi oleh banyak sumber makanan sayuran dan protein seperti ikan, ayam, tofu atau daging. Sebagai individu yang mempunyai masalah kesihatan diabetes, anda tidak perlu menjadikan ia sebagai alasan untuk mengelak daripada menjadikan beras sebagai hidangan ruji harian. Perkara yang perlu dilakukan adalah untuk mengawal saiz hidangan beras yang diambil, melakukan senaman serta menjaga aspek kesihatan secara keseluruhan.
Comentarios