5 Khasiat Air Basuhan Beras Yang Anda Tidak Tahu!
- MEWAH My
- 4 days ago
- 2 min read
Updated: 3 days ago

Beras adalah sumber karbohirat yang membekalkan nutrien penting untuk menghasilkan tenaga. Ia juga kaya dengan vitamin dan mineral seperti Karbohidrat, Vitamin D, Kalsium, Fiber, Iron, Thiamine dan Riboflavin. Sebelum menanak nasi, sudah tentu anda akan membasuh beras itu terlebih dulu. Biasanya, air cucian itu akan dibuang kerana beranggapan ia tidak bermanfaat.
Sebenarnya, air basuhan beras itu boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain terutamanya pada:
1. Penjagaan kecantikan kulit muka
Serlahkan warna kulit. Air cucian beras dapat menghilangkan setiap kotoran dan sebum berlebihan yang terdapat pada kulit muka
Cara penggunaannya adalah dengan merendamkan kapas dalam air cucian beras dan lapkan pada kulit muka
Jika ia dijadikan sebagai rutin, hasilnya kulit wajah akan menjadi lebih lembut dan segar
2. Bahan organic untuk tanaman di halaman rumah
Air basuhan beras mampu menjadi bahan organik dan mengandungi protein, karbohidrat, lemak dan unsur-unsur zat perangsang bagi menguatkan tanaman
Zat perangsang yang dikatakan terkandung dalam air basuhan beras adalah vitamin B1 atau thiamin yang menjadikan tanaman lebih subur dan cepat berbunga
Bukan sahaja bagus untuk tanaman, air basuhan beras cukup baik dalam memperbaiki sifat fizik, kimia dan biologi tanah
Air basuhan ini juga boleh dijadikan baja pokok dan dikatakan dapat melebatkan buahnya. Contohnya sesuai untuk pokok cili
3. Cucian sayur-sayuran, ikan dan daging
Air basuhan pertama boleh digunakan untuk basuh sayur, buang kekotoran dan ulat pada sayur
Boleh juga digunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada ayam dan ikan
4. Sebagai pencuci rambut
Dengan air cucian beras ini, ia akan menjadikan rambut lebih bersinar tanpa memerlukan rawatan yang mahal
Caranya mudah, tuangkan air beras pada kulit kepala dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan menggunakan syampu supaya bau air cucian beras tidak melekat pada rambut
5. Sebagai mandian
Air basuhan kedua boleh dijadikan sebagai mandian, bagus untuk kulit kering dan kusam, menghilangkan panas badan, gatal-gatalan, cuci daki dan sebagainya.
Comments