Beras merupakan bijiran yang berfungsi sebagai makanan ruji terutamanya bagi mereka yang tinggal di Asia. Khusus bagi rakyat Malaysia, boleh dikatakan beras merupakan salah satu sumber makanan paling penting dalam hidupan harian.
Masih ramai lagi yang kurang bernasib baik dan tiada makanan untuk mengisi perut menyebabkan mereka sentiasa kelaparan, lebih-lebih lagi setelah dilanda wabak Covid-19 yang meninggalkan kesan besar ke atas semua lapisan masyarakat.
Ada pula yang hilang pekerjaan yang menjadi punca pendapatan tetap dan stabil sebelumnya dan ada juga yang tidak dapat bekerja seperti biasa dan telah terjejas punca pendapatan. Apatah lagi mereka yang sedia ada susah; sudah pasti beban semakin berat.
Marilah bersama-sama dengan MEWAH Admin membantu golongan yang tidak bermampuan.
Sekampit beras 5 kg yang berharga RM13 itu mungkin tidak membebankan bagi kita untuk membelinya tetapi amat sukar bagi mereka yang miskin. Amat menyedihkan.
Beras bukan sekadar bijiran yang perlu dimasak untuk menjadi nasi. Sebagai makanan asas, ia simbol kehidupan. Maka, sama-samalah kita menyahut kepada ahli keluarga, jiran, sahabat atau sesiapa yang mungkin sahaja amat memerlukan perhatian serta bantuan kita agar tiada lagi masalah orang miskin yang kelaparan kerana tiada nasi atau makanan untuk mengisi perut.
Comments