Beras Wangi mempunyai sejarah pertanian selama lima milenium di Thailand, tidak hairanlah Beras Wangi dianggap sebagai satu kebanggaan Negara Thailand! Ianya juga dikenali sebagai Nasi Melati atau Beras Hom Mali. Beras wangi dikenali sebagai Xiang Mi di dalam Bahasa Cina manakala di dalam Bahasa India, ianya dikenali sebagai Sugandhit Chaaval.
Beras Wangi MEWAH diimport khas dari salah satu pengeluar tanaman kelas premium Thailand. Berikut merupakan beberapa kelebihan Beras Wangi MEWAH dalam hidangan harian anda:
· Mengandungi sumber Karbohidrat, Serat dan Protein harian
· Mengandungi kandungan mineral seperti Zat Besi, Natrium, Kalium, Fosfor, Vitamin B1, Vitamin B2 dan Kalsium
· Bebas gluten dan bebas kolesterol
· Wangi secara semula jadi, terkenal dengan rasa dan aroma yang lazat
· Tekstur lembut, lembap dan gebu
· Sesuai untuk Vegan dan Vegetarian
· Memberikan rasa hidangan kegemaran anda lebih lazat dengan keenakan rasa rempah-ratus dan lauk- pauk
· Sesuai untuk hidangan harian, tempatan dan antarabangsa
· setelah dimasak mempunyai tekstur yang lebih likat
Cadangan Penyimpanan:
Letakkan di tempat yang kering dan jauh daripada matahari.
Cara Memasak:
1. Masukkan 2 cawan beras ke dalam periuk nasi kemudian bilas.
2. Tambah 2 cawan air untuk 2 cawan beras.
3. Tambah 1 sudu teh garam (pilihan).
4. Masukkan ke dalam periuk nasi dan hidupkan suis.
5. Jangan buka penutup periuk semasa nasi sedang masak.
Apabila nasi sudah masak, gemburkan nasi dengan perlahan menggunakan garfu. Siap untuk dihidangkan.
Cadangan Resepi: Nasi Uduk
Bahan-bahan:
· 2 cawan Mewah Beras Wangi
· Secubit Mewah Garam Himalaya Organik
· 3 cawan santan (dari 1 biji kelapa putih sahaja)
· 2 helai daun salam
· 2 batang serai - dititik
· 1 hiris lengkuas - diketuk
· 2 ulas bawang putih - dihiris
Cara penyediaan:
1. Kukus beras dalam 10 minit.
2. Sementara itu, masak santan bersama garam, lengkuas, daun salam dan serai sehingga mendidih. Sentiasa kacau agar santan tidak pecah minyak.
3. Kemudian campurkan beras dan santan yang masih panas dan kacau sehingga beras menyerap semua santan.
3. Kemudian masukkan beras yang masih panas tadi ke dalam santan yang juga masih panas. Kacau sehingga beras menyerap semua santan.
4. Masukkan campuran beras dan santan ke dalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga nasi masak.
4. Masukkan semula beras bersantan itu ke dalam pengukus dan dikukus lagi 20 minit atau hingga nasi masak.
Lauk-lauk yang dihidangkan bersama Nasi Uduk ini ialah:
a) Sambal Kacang
b) Ayam Goreng
c) Kacang Goreng
d) Tauhu Goreng
e) Telur Dadar - dihiris
f) Tempe Goreng
g) Bawang Goreng
h) Timun ulam
Petua-petua menyimpan Beras MEWAH:
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja dapat menghalang kutu daripadanya, ianya juga dapat menghilangkan beras daripada bau hapak
2. Daun Pandan
Kutu beras tidak suka dengan bau daun pandan
Kebaikannya, beras akan menjadi lebih wangi
3. Cili kering
Dapat menghalang beras daripada dimakan bubuk
4. Jemur
Petua ini selalu digunakan oleh orang-rang tua sejak zaman dahulu
Letakkan beras yang telah dihuni oleh kutu beras di dalam bekas yang terbuka atau di dalam dulang
Jemurkan beras tersebut di bawah sinaran matahari
5. Daun belimbing buluh
Simpankan beras dengan dua atau tiga daun belimbing buluh yang telah kering
6. Kulit kayu manis
Aroma khas daripada kulit kayu manis akan membuat kutu rasa tidak selesa
7. Masukkan stok beras di dalam peti sejuk
Menurut pakar, suhu rendah atau sejuk boleh membunuh semua serangga, termasuk kutu beras
Beras-beras MEWAH boleh didapati di:
Supermarket:
1. VILLAGE GROCER
2. MR.DOLLAR
3. ECO SHOP RM2.10
4. NOKO
5. JAYA GROCER
6. PASARAYA OTK
7. AEON
8. COLD STORAGE
9. ISETAN
10. SOGO
11. JUST FRUITS
12. SELECTION KL
13. MYNEWS
14. SC MARINE
15. SUPER7-VIVA HOME
16. TOP ZELLER (NSK)
17. VEGAN MALAYSIA PLT
18. FRESH ST.GROCER
19. MERCERIA SOUTHVILE
20. DE MARKET
21. REDTICK CYBER
22. VEGAN MALAYSIA PLT
23. REDKIARA
24. ECO MART
25. OLIVER GOURMET
26. URBAN FRESH
27. STAR GROCER
28. SAMS GROCERIA
Online Platform:
Comments