top of page
Search

Fakta Beras Basmati Yang Perlu Anda Tahu

Updated: Apr 5, 2021




Beras Basmati terkenal dengan aroma yang eksotik. Perkataan Basmati berasal dari kata Hindi atau Sanskrit: "Vasmati", yang membawa maksud "Harum". Butir berasnya panjang dan bertekstur lembut. Beras ini telah ditanam di India selama ribuan tahun dan amat lazat disajikan bersama kari dan hidangan Asia yang lain. Beras basmati ini juga dikenali sebagai Yindu Xiang Mi di dalam Bahasa Cina dan Baasamathi Chaaval di dalam Bahasa India. Terdapat tiga jenis beras basmati iaitu dikukus, direbus dan tradisional.


Beras Basmati Steam Pusa 1121 MEWAH Gred Premium diimport khas dari India dan mempunyai butiran beras yang panjang (lebih panjang dari 8mm ke atas). Beras basmati ini sedap kalau dibuat nasi biryani, nasi arab, nasi tomato, nasi hujan panas dan makanan pedas seperti kari. Berikut merupakan beberapa kelebihan Beras Basmati MEWAH dalam diet sihat harian anda:


  • Mempunyai Indeks Glisemik Rendah untuk tahap tenaga yang stabil dan tahan lama (membantu menurunkan kesan peningkatan tahap glukosa dan mengelakkan penyakit diabetes)

  • Mengandungi sumber Karbohidrat, Serat dan Protein harian

  • Bebas gluten, bebas kolesterol, rendah lemak dan rendah kalori

  • Mencegah dan menyembuhkan masalah diare (serat membantu mencegah penyerapan zat beracun dan membilasnya keluar dari tubuh)

  • Sangat digalakkan oleh pakar pemakanan sebagai sebahagian daripada diet harian

  • Aroma eksotik dengan tekstur lembut dan gebu

  • Sesuai untuk Vegan dan Vegetarian

  • Memberikan rasa hidangan kegemaran anda lebih lazat dengan keenakan rasa rempah-ratus dan lauk-pauk

  • Sesuai untuk hidangan harian, tempatan dan antarabangsa


Beras ini lebih panjang, padat dan sedap daripada beras biasa.


Cadangan Penyimpanan:

Letakkan di tempat yang kering dan jauh daripada matahari.


Cara Memasak:

1. Masukkan 2 cawan beras ke dalam periuk nasi kemudian bilas.

2. Tambah 2.5 cawan air untuk 2 cawan beras.

3. Tambah 1 sudu teh garam (pilihan).

4. Masukkan ke dalam periuk nasi dan hidupkan suis.

5. Jangan buka penutup periuk semasa nasi sedang masak.

6. Apabila nasi sudah masak, gemburkan nasi dengan perlahan menggunakan garfu. Siap untuk dihidangkan.


Cadangan Resepi: Nasi Tomato


Bahan-bahan:

• Mewah Beras Basmati

• 10 kuntum Mewah Bunga Cengkih

• 10 biji Mewah Buah Pelaga

• 1 sudu besar Mewah Gula Halus

• ½ sudu besar Mewah Garam Putih

• 3 sudu besar Mewah Serbuk Tomato

• 4 biji Tomato

• 2 biji Bawang Besar

• 8 ulas Bawang Putih

• 2 ketul Halia

• 4 kuntum Bunga Lawang

• 2 batang Kulit Kayu Manis

• ¼ cawan Minyak Zaiton

• 2 sudu besar Minyak Sapi

• ½ cawan Susu Cair

• 3 helai Daun Pandan


Cara Penyediaan:

  1. Rendam beras.

  2. Panaskan minyak zaitun dan sapi di atas api sederhana.

  3. Tumis rempah, serbuk tomato, bawang dan halia sehingga naik bau.

  4. Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata selama 1 - 2 minit.

  5. Kemudian, masukkan air, susu cair, tomato, simpulan daun pandan, gula dan garam.

  6. Pindahkan ke periuk nasi dan biarkan sehingga nasi masak.

Petua-petua menyimpan Beras MEWAH:

1. Daun limau purut

  • Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja dapat menghalang kutu daripadanya, ianya juga dapat menghilangkan beras daripada bau hapak


2. Daun Pandan

  • Kutu beras tidak suka dengan bau daun pandan

  • Kebaikannya, beras akan menjadi lebih wangi


3. Cili kering

  • Dapat menghalang beras daripada dimakan bubuk


4. Jemur

  • Petua ini selalu digunakan oleh orang-rang tua sejak zaman dahulu

  • Letakkan beras yang telah dihuni oleh kutu beras di dalam bekas yang terbuka atau di dalam dulang

  • Jemurkan beras tersebut di bawah sinaran matahari

5. Daun belimbing buluh

  • Simpankan beras dengan dua atau tiga daun belimbing buluh yang telah kering


6. Kulit kayu manis

  • Aroma khas daripada kulit kayu manis akan membuat kutu rasa tidak selesa


7. Masukkan stok beras di dalam peti sejuk

  • Menurut pakar, suhu rendah atau sejuk boleh membunuh semua serangga, termasuk kutu beras

Beras-beras MEWAH boleh didapati di:


Supermarket:

1. VILLAGE GROCER

2. MR.DOLLAR

3. ECO SHOP RM2.10

4. NOKO

5. JAYA GROCER

6. PASARAYA OTK

7. AEON

8. COLD STORAGE

9. ISETAN

10. SOGO

11. JUST FRUITS

12. SELECTION KL

13. MYNEWS

14. SC MARINE

15. SUPER7-VIVA HOME

16. TOP ZELLER (NSK)

17. VEGAN MALAYSIA PLT

18. FRESH ST.GROCER

19. MERCERIA SOUTHVILE

20. DE MARKET

21. REDTICK CYBER

22. VEGAN MALAYSIA PLT

23. REDKIARA

24. ECO MART

25. OLIVER GOURMET

26. URBAN FRESH

27. STAR GROCER

28. SAMS GROCERIA










Online Platform:











777 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page