Fakta Beras Merah Yang Perlu Anda Tahu!
- MEWAH My
- Apr 6, 2021
- 2 min read
Updated: Aug 19

Beras Merah dikenali sebagai “Cargo Rice”. Manakala di dalam Bahasa Cina, ianya dikenali sebagai Hong Mi dan di dalam Bahasa India, ianya dikenali sebagai Laal Chaaval. Ianya berasal dari wilayah Heilongjiang di Timur Laut China. Beras ini merupakan sejenis bijirin khas yang berwarna merah dari kandungan antioksidan Anthocyanin yang tinggi bagi anti penuaan.
Beras Merah MEWAH menjanjikan kebaikan bijirin semula jadi tanpa gluten dan rendan kalori untuk mereka yang sangat mementingkan kesihatan. Ianya popular di seluruh dunia dan sangat sesuai untuk diet harian anda. Beras ini mempunyai pelbagai faedah kesihatan yang amat mengagumkan, antioksidan yang tinggi dan kandungan serat yang terbaik untuk pencernaan dan diet harian! Beras Merah MEWAH diimport khas dari negara Thailand.
Kini ianya tersedia khas untuk anda seisi keluarga dan dikenali dengan Beras Merah MEWAH. Beras Merah ini dipenuhi dengan kebaikan bijirin semula jadi bagi mereka yang menghargai kualiti beras terbaik untuk kesihatan yang terbaik! Berikut merupakan beberapa kelebihan Beras Merah MEWAH dalam diet sihat harian anda:
· Mengandungi sumber Karbohidrat, Serat dan Protein harian
· Mengandungi kandungan mineral seperti Kalium, Zat Besi dan Magnesium
· Mengandungi kandungan antioksidan Anthocyanin yang tinggi untuk anti penuaan
· Antocyanin dalam beras hitam dapat meningkatkan ketajaman memori dan fungsi kognitif otak, dengan memerangi stres oksidatif dalam tubuh
· Mempunyai Indeks Glisemik Rendah untuk tahap tenaga yang stabil dan tahan lama (Membantu menurunkan kesan peningkatan tahap glukosa dan mengelakkan penyakit diabetes)
· Bebas gluten, bebas kolesterol, rendah lemak dan rendah kalori
· Mencegah dan menyembuhkan masalah diare (serat membantu mencegah penyerapan zat beracun dan membilasnya keluar dari tubuh)
· Sangat digalakkan oleh pakar pemakanan sebagai sebahagian daripada diet harian
· Mempunyai haruman semula jadi dan tekstur yang kenyal
· Rasa beras merah cenderung lebih nutty dan earthy
· Sesuai untuk Vegan dan Vegetarian
· Memberikan rasa hidangan kegemaran anda lebih lazat dengan keenakan rasa rempah-ratus dan lauk-pauk
· Sesuai untuk hidangan harian, tempatan dan antarabangsa
Cadangan Penyimpanan:
Letakkan di tempat yang kering dan jauh daripada matahari.
Cara Memasak:
1. Masukkan 2 cawan beras ke dalam periuk nasi kemudian bilas.
2. Tambah 2.5 cawan air untuk 2 cawan beras.
3. Tambah 1 sudu teh garam (pilihan).
4. Masukkan ke dalam periuk nasi dan hidupkan suis.
5. Jangan buka penutup periuk semasa nasi sedang masak.
6. Apabila nasi sudah masak, gemburkan nasi dengan perlahan menggunakan garfu. Siap untuk dihidangka
Comments