top of page
Search

Fakta Beras Rebus Yang Perlu Anda Tahu




Beras Rebus yang dikenali sebagai Zhu Mifan di dalam Bahasa Cina dan Aadhe Pake Chaaval di dalam Bahasa India. Beras Rebus MEWAH merupakan Beras Rebus Gred Premium. Biji-bijiannya telah direbus sebahagian bagi mengekalkan khasiatnya. Beras ini berkualiti tinggi dan mengandungi kadar protein dan serat yang tinggi daripada beras putih biasa. Indeks Glikemik Beras Rebus MEWAH adalah rendah dan sangat disyorkan untuk mencegah penyakit kronik seperti diabetes dan obesiti. Beras Rebus MEWAH merupakan kebanggan produk Malaysia.


Berikut merupakan beberapa kelebihan Beras Rebus MEWAH dalam masakan harian anda:

· Mengandungi sumber Karbohidrat, Serat dan Protein harian

· Mengandungi kandungan mineral seperti Natrium, Zat Besi, Kalium, Kalsium, Fosforus dan Vitamin B2

· Bebas gluten, bebas kolesterol, rendah lemak dan rendah kalori

· Mempunyai Indeks Glikemik Rendah untuk tahap tenaga yang stabil dan tahan lama (Membantu menurunkan kesan peningkatan tahap glukosa dan mengelakkan penyakit diabetes)

· Mencegah dan menyembuhkan masalah diare (serat membantu mencegah penyerapan zat beracun dan membilasnya keluar dari tubuh)

· Sangat digalakkan oleh pakar pemakanan sebagai sebahagian daripada diet harian

· Mempunyai haruman semula jadi

· Rasa beras yang enak, kurang berlemak dengan tekstur gebu, berderai dan kenyal

· Sesuai untuk Vegan dan Vegetarian

· Memberikan rasa hidangan kegemaran anda lebih lazat dengan keenakan rasa rempah-ratus dan lauk-pauk

· Sesuai untuk hidangan harian, tempatan dan antarabangsa



Cadangan Penyimpanan:

Letakkan di tempat yang kering dan jauh daripada matahari.


Cara Memasak:

1. Masukkan 2 cawan beras ke dalam periuk nasi kemudian bilas.

2. Tambah 2 cawan air untuk 2 cawan beras.

3. Tambah 1 sudu teh garam (pilihan).

4. Masukkan ke dalam periuk nasi dan hidupkan suis.

5. Jangan buka penutup periuk semasa nasi sedang masak.

6. Apabila nasi sudah masak, gemburkan nasi dengan perlahan menggunakan garfu. Siap untuk dihidangkan.


Cadangan Resepi: Nasi Ulam


Bahan-bahan:

A. NASI

• Beras (Mewah #Parboiled Rice) – 1 1/2 Cawan

• Air – 2 Cawan

• Garam (Mewah Organic Himalayan Salt) – 1 Sudu Kecil

• Daun Pandan – Sehelai Simpul


B. ULAM

• Serai – 2 batang putih sahaja

• Daun limau purut – 4 helai

• Daun kesum – 1 genggam

• Daun kunyit – 2 helai

• Daun kaduk – 10 helai

Daun cekur – 4 helai

• Daun Pudina – 1 genggam

• Daun selasih – 1 genggam

• Bunga kantan – 1 kuntum

• Bawang Merah – 5 biji kecil

• Kunyit hidup – 1 inci muda

• Halia – 2 inci muda


C. NASI ULAM

• Kerisik – 1 sudu besar

• Lada hitam (Mewah Sarawak Black Peppercorn) – 1/2 sudu besar tumbuk halus

• Garam (Mewah Organic Himalayan Salt)

• Ikan kembong – 2 ekor disiang, cuci, panggang hingga masak, ambil isi dan tumbuk halus

• Udang kering – 1 genggam cuci, toskan, goreng tanpa minyak dan kisar halus


Cara Penyediaan:


A. NASI

1. Cuci beras dan toskan

2. Masukkan dalam periuk nasi.

3. Masukkan air, daun pandan dan garam. Gaul rata.

4. Masak nasi seperti biasa, gemburkan kemudian alihkan ke dalam mangkuk besar dan biarkan sejuk.


B. ULAM

1. Cuci ulam dan toskan sehingga kering.

2. Hiris halus dan ketepikan.


C. NASI ULAM

1. Masukkan bahan nasi ulam ke dalam mangkuk nasi yang disejukkan. Gaul rata.

2. Masukkan ulam-ulaman yang telah dihiris. Gaul rata.

3. Perasakan dengan garam.


Petua-petua menyimpan Beras MEWAH:



1. Daun limau purut

  • Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja dapat menghalang kutu daripadanya, ianya juga dapat menghilangkan beras daripada bau hapak



2. Daun Pandan

  • Kutu beras tidak suka dengan bau daun pandan

  • Kebaikannya, beras akan menjadi lebih wangi


3. Cili kering

  • Dapat menghalang beras daripada dimakan bubuk


4. Jemur

  • Petua ini selalu digunakan oleh orang-rang tua sejak zaman dahulu

  • Letakkan beras yang telah dihuni oleh kutu beras di dalam bekas yang terbuka atau di dalam dulang

  • Jemurkan beras tersebut di bawah sinaran matahari


5. Daun belimbing buluh

  • Simpankan beras dengan dua atau tiga daun belimbing buluh yang telah kering


6. Kulit kayu manis

  • Aroma khas daripada kulit kayu manis akan membuat kutu rasa tidak selesa


7. Masukkan stok beras di dalam peti sejuk

  • Menurut pakar, suhu rendah atau sejuk boleh membunuh semua serangga, termasuk kutu beras

Beras-beras MEWAH boleh didapati di:


Supermarket:

1. VILLAGE GROCER

2. MR.DOLLAR

3. ECO SHOP RM2.10

4. NOKO

5. JAYA GROCER

6. PASARAYA OTK

7. AEON

8. COLD STORAGE

9. ISETAN

10. SOGO

11. JUST FRUITS

12. SELECTION KL

13. MYNEWS

14. SC MARINE

15. SUPER7-VIVA HOME

16. TOP ZELLER (NSK)

17. VEGAN MALAYSIA PLT

18. FRESH ST.GROCER

19. MERCERIA SOUTHVILE

20. DE MARKET

21. REDTICK CYBER

22. VEGAN MALAYSIA PLT

23. REDKIARA

24. ECO MART

25. OLIVER GOURMET

26. URBAN FRESH

27. STAR GROCER

28. SAMS GROCERIA









Online Platform:












1,521 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page