top of page
Search

Fakta Beras Sushi Yang Perlu Anda Tahu

Updated: Apr 5, 2021




Beras Sushi dikenali sebagai Calrose Rice. “Cal” bermaksud asal dari California manakala “Rose” pula menunjukkan saiz sederhana butiran beras tersebut. Di dalam Bahasa Cina pula, ia dikenali sebagai Shousi Mi dan di dalam Bahasa India dikenali sebagai Sushee Chaaval. Beras ini merupakan beras yang terkenal di Asia terutamanya di negara Jepun dan Korea. Beras ini juga dikategorikan sebagai beras eksotik. Setelah dimasak, butir-butiran nasi ini adalah lembut, melekat antara satu sama lain dan mempunyai haruman yang menawan hati menjadikannya bahan utama dalam hidangan Sushi dan Kimbap.

Beras Sushi MEWAH diimport dari pengeluar tanaman kelas premium di Vietnam. Berikut merupakan beberapa kelebihan Beras Sushi MEWAH dalam hidangan kegemaran anda:


  • Mengandungi sumber Karbohidrat, Serat dan Protein harian

  • Mengandungi kandungan mineral seperti Kalium dan Fosforus

  • Bebas gluten, bebas kolesterol, rendah lemak dan rendah kalori

  • Mempunyai haruman semula jadi

  • Mempunyai tekstur yang lembut dan melekit

  • Sesuai untuk Vegan dan Vegetarian

  • Memberikan rasa hidangan kegemaran anda lebih lazat dengan keenakan rasa rempah-ratus dan lauk-pauk

  • Sesuai untuk hidangan harian, tempatan dan antarabangsa


Cadangan Penyimpanan:

Letakkan di tempat yang kering dan jauh daripada matahari.


Cara Memasak:

1. Masukkan 2 cawan beras ke dalam periuk nasi kemudian bilas.

2. Tambah 2 cawan air untuk 2 cawan beras.

3. Tambah 1 sudu teh garam (pilihan).

4. Masukkan ke dalam periuk nasi dan hidupkan suis.

5. Jangan buka penutup periuk semasa nasi sedang masak.

6. Apabila nasi sudah masak, gemburkan nasi dengan perlahan menggunakan garfu. Siap untuk dihidangkan.


Cadangan Resepi: Sushi Sedap




Bahan-bahan:

NASI SUSHI

· Mewah Beras Sushi

· Sedikit Mewah Gula Halus

· Sedikit Mewah Garam Putih

· Sedikit Cuka


INTI:

· Telur Ikan Salmon

· Tuna Mayo

· Tuna Spicy

· Timun

· Telur

· Ikan Salmon


Cara Penyediaan:

NASI

1. Masak nasi seperti biasa kemudiaan masukkan ke dalam mangkuk.

2. Panaskan kuali, masukkan cuka, garam dan gula hingga larut.

3. Masukkan bahan larut ke dalam mangkuk sedikit demi sedikit.


INTI

1. Tebarkan bamboo map kemudian letak seaweed.

2. Ratakan nasi ke atas seaweed dan padatkan.

3. Masukkan bahan-bahan ikut selera anda, gulung bamboo map dan potong.

4. Hiaskan.


Petua-petua menyimpan Beras MEWAH:




1. Daun limau purut

  • Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja dapat menghalang kutu daripadanya, ianya juga dapat menghilangkan beras daripada bau hapak


2. Daun Pandan

  • Kutu beras tidak suka dengan bau daun pandan

  • Kebaikannya, beras akan menjadi lebih wangi


3. Cili kering

  • Dapat menghalang beras daripada dimakan bubuk



4. Jemur

  • Petua ini selalu digunakan oleh orang-rang tua sejak zaman dahulu

  • Letakkan beras yang telah dihuni oleh kutu beras di dalam bekas yang terbuka atau di dalam dulang

  • Jemurkan beras tersebut di bawah sinaran matahari


5. Daun belimbing buluh

  • Simpankan beras dengan dua atau tiga daun belimbing buluh yang telah kering


6. Kulit kayu manis

  • Aroma khas daripada kulit kayu manis akan membuat kutu rasa tidak selesa


7. Masukkan stok beras di dalam peti sejuk

  • Menurut pakar, suhu rendah atau sejuk boleh membunuh semua serangga, termasuk kutu beras

Beras-beras MEWAH boleh didapati di:


Supermarket:

1. VILLAGE GROCER

2. MR.DOLLAR

3. ECO SHOP RM2.10

4. NOKO

5. JAYA GROCER

6. PASARAYA OTK

7. AEON

8. COLD STORAGE

9. ISETAN

10. SOGO

11. JUST FRUITS

12. SELECTION KL

13. MYNEWS

14. SC MARINE

15. SUPER7-VIVA HOME

16. TOP ZELLER (NSK)

17. VEGAN MALAYSIA PLT

18. FRESH ST.GROCER

19. MERCERIA SOUTHVILE

20. DE MARKET

21. REDTICK CYBER

22. VEGAN MALAYSIA PLT

23. REDKIARA

24. ECO MART

25. OLIVER GOURMET

26. URBAN FRESH

27. STAR GROCER

28. SAMS GROCERIA












Online Platform:












25 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page