top of page
Search
Writer's pictureMEWAH My

Jenis Jenis Beras Dalam Pasaran Malaysia


Ketahuilah beras apa yang sepatut anda makan!


Kalau anda nak tahu, sebenarnya beras terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz di seluruh dunia daripada yang panjang dan halus sehinggalah yang gemuk dan pendek. Di dalam pasaran dunia, gred dan kualiti beras yang paling utama adalah dari segi panjang dan warna putih beras. Selain itu, terdapat juga faktor seperti rupa bentuk, kepadatan, kelembutan dan rasa beras juga mempengaruhi kualiti sesuatu jenis beras tersebut.


Di Malaysia, terdapat beberapa jenis beras sama ada yang tempatan atau import. Contohnya, yang lebih umum beras perang dan beras basmati dan lebih eksotik beras merah. Klasifikasi beras adalah berdasarkan:


1. Panjang Beras

2. Kandungan Beras

3. Kandugan Beras Hancur


Marilah MEWAH Admin memperkenalkan jenis-jenis beras yang terdapat dalam pasaran Malaysia:


1. Beras Sushi

Beras Sushi banyak digunakan untuk masakan Jepun. Beras ini mempunyai saiz yang lebih pendek dan gemuk. Bijirin beras sedikit berkilat dan lutsinar. Walaupun bijirin beras ini tidak melekat antara satu sama lain, beras ini masih mempunyai tekstur yang lembap dan lembut dan sedikit melekit berbanding dengan bijirin beras panjang. Beras ini dapat menyerap rasa dengan baik dan sesuai untuk hidangan sushi dan kimbap. Beras ini kaya dengan sumber protein, kalsium dan vitamin serta serat. Beras ini juga rendah nilai kalorinya.


2. Beras Ponni

Beras Ponni mempunyai saiz yang lebih pendek dan gemuk. Beras Ponni akan direndam, dikukus dan dikeringkan terlebih dahulu bersama sekamnya sebelum melalui proses pengisaran untuk meningkatkan nilai nutrisi di dalam beras tersebut. Beras ini kaya dengan protein dan serat berbanding beras putih. Beras yang dimasak lebih padat tetapi lembut. Beras daripada India ini sesuai dihidangkan dengan masakan India dan kari.


3. Beras Merah

Beras merah amat sesuai untuk diamalkan seisi keluarga kerana khasiatnya yang tidak ada tandingnya. Bagi mereka yang ingin mengamalkan diet yang lebih sihat, beras merah amat sesuai untuk anda sebab tinggi dengan antioksida. Rasa beras ini lebih manis dan mempunyai rasa seperti kekacang. Beras merah elok direndam selama 30 minit terlebih dahulu untuk memberi tekstur yang lebih lembut selepas dimasak.


4. Beras Perang

Beras perang adalah bijirin penuh yang dihasilkan dengan hanya membuang kulit luar padi ataupun sekam. Beras perang adalah bijirin penuh yang mempunyai lapisan bran dan germ yang tidak terdapat pada beras putih. Bran sangat tinggi dengan serat manakala germ sangat tinggi dengan nutrisi seperti vitamin B dan zat besi. Apabila dimasak, beras perang akan kelihatan lebih ringan, gebu dan tidak melekat antara satu sama lain. Beras perang juga amat sesuai untuk diamalkan seisi keluarga kerana khasiatnya yang tidak ada tandingnya. Bagi mereka yang ingin mengamalkan diet yang lebih sihat, beras perang amat sesuai untuk anda.


5. Beras Wangi

Beras wangi ini berasal daripada Thailand dan mempunyai bau yang semula jadi. Panjangnya adalah 7.00 mm beserta lebarnya berukuran lebih daripada 3.2 mm. Beras ini berwarna putih lutsinar, panjang dan berkilat. Apabila dimasak, beras ini mempunyi tekstur yang lembut, lembap dan berjuntai antara satu sama lain tetapi kukuh. Beras ini dikenali dengan rasa yang sedap dan berbau seperti daun pandan.


6. Beras Basmati

Beras Basmati adalah beras yang panjang dan halus saiznya serta mempunyai aroma yang wangi berasal daripada India dan Pakistan. Anggaran panjangnya adalah 8.00mm hingga 12.00 mm dengan lebar berukuran 3.5 mm – 4.5 mm. Warnanya putih susu dan mempunyai bentuk yang tirus. Apabila dimasak, saiznya akan berganda dan mengeluarkan aroma yang wangi dan tidak melekat antara satu sama lain. Nasi ini adalah pilihan tepat untuk Nasi Biryani, Nasi Mandy dan Nasi Minyak.


7. Beras Putih

Beras putih import yang popular di Malaysia adalah dari Thailand dan Vietnam. Sizenya sederhana panjang dan berwarna putih. Panjangnya sekitar 7.00 mm dengan lebar 3.0 mm. Beras ini lebih lembut tetapi padat selepas dimasak tanpa sebarang bau. Beras seperti ini sesuai untuk jenis masakan seperti nasi kukus, nasi lemak dan ketupat nasi. Beras ini mempunyai kandungan mineral dan vitamin seperti zat besi, fosforus dan asid folik. Beras ini juga mempunyai sumber kalori yang tinggi.


8. Beras Pulut

Beras pulut adalah bijirin yang mempunyai kandungan kanji dan protein yang tinggi. Beras ini perlu direndam terlebih dahulu sebelum dimasak. Apabila dimasak, beras ini akan hilang bentuknya dan menjadi lebih lembut dan melekit. Beras pulut yang dikukus sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut seperti pulut manga, lemang dan pulut panggang.



Kesimpulannya, setiap jenis beras itu mempunyai khasiat dan nilai estetika yang tersendiri. Cubalah beras Mewah hari ini. Terdapat di pasaraya berdekatan rumah anda.






19 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page