Kebaikan dan Tips Pemakanan Seimbang!
- MEWAH My
- 12 hours ago
- 3 min read

Kebaikan dan Tips Pemakanan Seimbang
Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Jadi, disiplinkan diri kita untuk makan mengikut kuantiti dan jumlah yang betul dan mulakan hidangan anda dengan sihat dan rasa riang hati.
Kebaikan pemakanan seimbang:
1. Pembesaran fizikal tubuh badan lebih sempurna
Tubuh badan manusia memerlukan kesemua zat makanan yang diperlukan untuk mendapat atau membina tubuh badan yang sihat dan cergas.
2. Mengawal kadar obesiti
Pengawalan pengambilan makanan juga penting untuk mengelakkan tubuh badan menjadi obesiti dengan mengambil makanan kuantiti yang sedikit tetapi cukup khasiat untuk tubuh badan.
3. Perkembangan mental seseorang tidak terganggu
Kekurangan zat makanan atau protein makanan boleh mengakibatkan seseorang itu tidak cergas dan mudah letih apabila seseorang individu tersebut melakukan aktiviti. Maka keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu gagal berfikir dengan baik untuk membuat keputusan. Jadi permakanan seimbang juga antara penyumbang gaya hidup yang lebih sihat.
4. Memberikan vitamin kepada tubuh badan
Badan manusia memerlukan vitamin untuk melawan penyakit yang ada didalam badan manusia dan melindungi penyakit berjangkit. Maka manusia yang mengambil makanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang optimum dan lebih baik.
Tips pemakanan seimbang untuk tubuh badan:
1. Kurangkan garam
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Tips: Mengamalkan penggunaan garam berkhasiat seperti garam pink (Mewah Organic Himalayan Salt) dan garam hitam (Mewah Organic Himalayan Black Salt) berbanding dengan garam putih.
2. Banyakkan juga memakan kekacang
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan.
Tips: Mengamalkan penggunaan kekacang seperti Mewah Kacang Soya, Mewah Kacang Dal, Mewah Kacang Merah, Mewah Kacang Hijau, Mewah Kacang Hitam, Mewah Kacang Dal Merah dan sebagainya.
3. Banyakkan minum air
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari.
Tips: Campurkan Mewah Chia Seed ke dalam air minuman harian untuk meningkatkan zat dan khasiat pemakanan anda.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja
Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan
Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam)
Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis)
Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng
Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
Tips: Mengamalkan pemilihan beras yang rendah lemak seperti Mewah Brown Rice, Mewah Red Rice, Mewah Black Rice, Mewah Tri-Mix Rice dan sebagainya.
5. Kurangkan gula
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
Tips: Mengamalkan penggunaan gula berkhasiat seperti gula stevia (Mewah Stevia Sweetener) dan gula perang (Mewah Brown Sugar) berbanding dengan gula putih.
Tiada yang lebih meriangkan selain dari makanan yang sedap dan baik. Rasai keriangan bersama produk-produk MEWAH dalam hidangan harian anda.
Comments