
Kelebihan Beras Rebus/ Parboiled Rice
Beras yang dihasilkan dari benih padi yang berkualiti, memberi impak yang sangat besar dalam penghasilan beras bermutu tinggi. Jom ramai-ramai memilih beras yang terbaik dan sesuai dinikmati bersama yang tersayang dari MEWAH.
Tahukah anda apa kelebihan beras rebus/ parboiled rice dengan beras biasa?
Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus atau distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan serat dan vitamin menyerap ke dalam beras. Kebanyakan orang memanggil beras ini sebagai ‘beras kurang kanji’ kerana teksturnya yang berderai dan rasa yang agak kurang berlemak berbanding beras putih. Beras parboiled mengandungi pelbagai vitamin yang di perlukan oleh badan seperti Vitamin A dan Vitamin C. Tahukah anda bahawa khasiat beras parboiled mampu menandingi beras perang, dengan rasa dan kenikmatan yang sangat berbeza!
Ciri-ciri beras parboiled:
· Berkilat dan lut sinar · Seperti coklat kekuningan · Pendek dan lebar · Lebih keras berbanding dengan beras putih
Khasiat Beras Rebus dari Sudut Kesihatan:
1. Membantu Mengawal Paras Gula dalam Darah Kajian (Randomized Controlled Trial) yang dijalankan pada 2017 mendapati bahawa beras rebus mampu mengawal kenaikan paras gula dalam darah sama ada mereka yang sihat ataupun yang mempunyai kencing manis, berbanding dengan beras putih. Terdapat perubahan struktur kanji di dalam beras rebus menghasilkan resistant starch menyebabkan ianya lambat dihadam serta merendahkan kadar indeks glisemia (glycemic index) beras tersebut. Penghadaman kanji yang lambat serta indeks glisemianya yang lebih rendah daripada beras putih menyebabkan penyerapan gula ke dalam darah lebih perlahan dan paras gula lebih terkawal. Tambahan lagi, kajian mendapati bahawa beras rebus ini memberi rasa kenyang yang lebih lama dalam kalangan orang yang sihat akibat daripada penghadaman yang perlahan.
2. Kesihatan Usus dan Sumber Prebiotik Resistant starch ialah sejenis kanji yang tidak boleh dihadam oleh usus kecil dan secara umumnya, resistant starch mewakili kurang daripada 3% daripada keseluruhan makanan yang berkanji. Kajian mendapati bahawa resistant starch ini juga mempunyai kebaikan seperti serat yang mana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan, kesihatan usus dan pengawalan paras gula dalam darah. Butirat, produk akhir daripada fermentasi resistant starch oleh bakteria baik di usus dipercayai dapat memberikan tenaga kepada sel-sel usus dan membantu menghindari kanser usus. Selain itu, butirat ini juga merupakan makanan atau prebiotik kepada bakteria baik dan membantu pertumbuhannya dalam usus. Sembelit juga mampu dielakkan melalui pengambilan resistant starch.
Tunggu apa lagi? Amalkan sikap bersederhana dalam pengambilan beras rebus ini untuk mendapatkan khasiat yang optimum. Singgah di mana-mana cawangan pasaraya terdekat anda dan dapatkan MEWAH Parboiled Rice!
|
Comments