“Rasanya baru lagi beli beras ni minggu lepas. Tengok-tengok dah jadi tempat sarang kutu. ‘Tension’nya! Macam mana cara hilangkan kutu beras ni? Kalau beranak-pinak nanti habislah membazir kena buang beras aku ni.”
Kutu beras, bubuk atau weevils ini memang selalu kita jumpa dalam beras terutamanya yang dah disimpan lama. Walaupun kecil, serangga ini boleh mengunyah plastik dan juga butiran beras dengan mudah. Maka, tidak hairanlah ia boleh berada dalam pek beras yang baru kita beli di pasaraya.
Jika dibiarkan kutu beras boleh mengurangkan serta merosakkan kualiti beras. Beras yang dimasak akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Oleh itu, kita perlulah mencegah seawal mungkin dan untuk mengatasi masalah ini, ada petua uang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
Di sini, MEWAH Admin ingin berkongsi petua simpan beras untul tahan lama dengan pantas dan berkesan yang boleh anda lakukan di rumah.
1. Daun Limau Purut
Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu beras amat tidak selesa dengannya. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat diusir dengan cepat!
2. Asam Keping
Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kutu beras adalah asam keping. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak nyaman. Selain itu, boleh juga menggunakan daun asam jawa dengan cara yang sama.
3. Daun Pandan
Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras anda.
4. Cili Kering
Antara cara hilangkan kutu beras yang paling selalu dipraktikkan oleh orang-orang kampong adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering kepada 2 dan letakkan dalam beras anda. Cili kering berbau kuat dan rasa pedas dan panas ini tentunya akan dapt menghilangkan dan menghalau kutu dari bersarang dalam bekas beras anda. Namun, pastikan anda menggantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.
5. Kulit Kayu Manis
Caranya mudah, masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras anda. Ataupun, ambil beberapa batang kulit kayu manis dan goreng dalam kuali tanpa minyak bagi menerbitkan bau harum. Kemudian masukkan ke dalam uncang dan letak dalam bekas beras.
6. Daun Bay
Daun bay atau daun salam adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras anda. Tapi, pastikan daun ini kering sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
7. Bawang Putih
Kutu beras dikatakan tidak suka pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan yang beraroma seperti bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau serangga ini. Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa ulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas beras anda.
8. Guna keratan batang dan daun pudina
Tangkai daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian ramas atau kisar jadi serbuk dan masukkan ked alam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Walaupun rumit, cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.
9. Masukkan beras dalam peti sejuk
Kadangkala ada yang stres kerana kutu beras masih kembali walaupun telah hilang buat seketika. Barangkali ada lagi telur kutu yang masih ada di dalam bekas beras tersebut. Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh simpankan beras di dalam peti sejuk ataupun peti ais.
10. Guna apa yang diperlukan sahaja
Kalau tak selalu memasak, beli pek kecil saja. Atau, anda boleh pek semula dalam pek-pek kecil dan simpankan beras dalam bekas kedup udara. Apabila nak digunakan, barulah keluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan. Mudah bukan?
11. Gunakan Kain Lembap
Salah satu cara hilangkan kutu beras ini juga adalah dengan menggunakan kain lembap untuk menutupi beras. Anda akan mendapati kutu-kutu akan datang dan menempel pada kain basah tadi kerana kutu sukakan tempat yang sejuk. Apabila hampir penuh, buangkan kutu tersebut dan ulangi lagi hingga tiada lagi ‘kelibat’ kutu beras.
12. Jemur bawah matahari
Jika anda mendapati terlalu banyak kutu beras dalam beras tersebut, anda boleh cuba cara ini.
Mula-mula, letakkan cili kering dan jemurkan beras di bawah matahari terik. Kutu beras akan berpusu-pusu keluar dari beras. Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper. Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kutu beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras.
13. Tempat simpanan
Tempat penyimpanan yang bersih akan menghindarkan beras baharu dengan kotoran atau menjadi tempat pembiakan kutu beras. Periksa bekas ada tahan karat atua tidak. Tempat penyimpanan yang mudah berkarat boleh mempengaruhi kualiti beras disimpan. Pastikan tempat simpanan tidak bocor dan ditutup rapat kerana beras akan menyerap air. Ia turut menyebabkan kehadiran kulat yang dapat dikesan menerusi keadaan beras yang kelihatan seperti menggumpal.
14. Suhu
Elak menyimpan beras di tempat yang terlalu panas atau kawasan lembap. Suhu yang tidak stabil boleh menyebabkan beras berbau di samping menggalakkan pembiakan kulat dan kutu beras.
留言