top of page
Search
Writer's pictureMEWAH My

Tips Memasak Bubur Nasi !

Updated: May 20, 2021


Hari ini MEWAH admin akan terangkan cara-cara untuk memasak 3 jenis resepi bubur nasi.

Ia bergantung dari mana anda berasal, kerana bubur nasi mempunyai maksud dan rasa yang berbeza bergantung pada negeri kelahiran masing-masing Mengikut kawasan sebelah barat dunia seperti Amerika dan Australia, bubur bermaksud mil oat atau hidangan yang direbus dengan air atau susu. Manakala di Asia pula, bubur bermaksud bubur nasi yang direbus sehingga menjadi kembang dan sedikit melekit yang juga disebut sebagai porridge (congee), 稀饭(xifan) atau கஞ்சி (kanci). Jika anda ingin mencuba resepi bubur, di sini MEWAH Admin menyenaraikan tiga jenis bubur yang sesuai untuk anda sekeluarga menikmatinya.


1. Bubur Nasi Taiwan


Cadangan Memasak menggunakan nisbah beras kepada air: 1:6

Cadangan Masa Memasak: 15 minit

Tekstur: Bersup dengan butiran lembut


Bubur Nasi Taiwan selalunya dimakan bersama hidangan daging atau sayuran dan ditambah perasa seperti kicap soya. Adakalanya ia dimasak menggunakan ubi kentang supaya bubur nasi mengadi sedikit manis. Ketika Perang Dunia Pertama, bubur nasi selalunya dimasak mengikut cara Taiwan apabila sumber makanan sukar diperolehi dan penduduk terlalu miskin untuk membeli produk yang lebih premium.


2. Bubur Nasi Filipina


Cadangan Memasak menggunakan nisbah beras kepada air: 1:4

Cadangan Masa Masakan: 1 jam

Tekstur: Pekat, melekit dan savori


Bubur nasi Filipina juga dikenali sebagai Arroz Caldo. Ia berbeza daripada kebanyakan bubur nasi yang lain kerana pada peringkat permulaan nasi akan digoreng bersama bahan-bahan utama seperti ayam, bawang goreng dan bawang putih. Selepas digorend semua bahan tersebut akan direbus menggunkan air. Tujuannya untuk mendapatkan rasa yang lebih smoky di samping menaikkan lagi aroma hidangan bubur nasi tersebut. Anda boleh mencuba Bubur Arroz Caldo yang penuh citarasa dan resepi kami sangat mudah untuk anda mencuba.


3. Bubur Nasi Kantonis


Cadangan Memasak menggunakan nisbah beras kepada air: 1:8

Cadangan Masa Masakan: 2 jam dengan api perlahan (dikacau setiap setengah jam)

Tekstur: Pekat, sangat melekit tetapi selembut sutera


Bubur nasi Kantonis tradisional juga dikenal sebagai congee. Bubur nasi ini selalunya dimakan bersama hidangan lain. Ia dikatakan selembut sutera kerana bubur nasi ini dimasak dalam tempoh masa yang agak lama dengan keadaan api yang agak perlahan dan ini memerlukan sedikit kesabaran. Bubur ini juga perlu dikacau setiap setengah jam supaya bijian tidak melekat pada bahagian bawah. Masa yang menyeronokan tetapi cukup berbaloi bila dapat menikmatinya.


Yang mana yang paling anda suka? Cubalah masak bubur nasi kegemaran ramai dengan menggunakan beras MEWAH Fragrant Porridge hari ini! Rasanya pasti lebih enak!


Dapatkan di pasaraya berhampiran anda.




9 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page