top of page
Search
Writer's pictureMEWAH My

Warna Label Bungkusan Gred Beras Di Pasaran Malaysia!



Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Kod Warna Pada Bungkusan Beras Ramai Tak Tahu


Beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Berbekalkan fakta itu, hampir semua kedai runcit yang berdiri di atas tanah air bertuah ini pasti menjual beras.


Malah, pilihan yang ditawarkan juga pelbagai. Ada beras import, ada beras tempatan, ada beras perang, ada beras wangi dan juga beras panjang.


Jika kita membeli-belah di pasar raya besar, ada satu seksyen khas disediakan untuk beras. Di bahagian tersebut, pilihlah beras yang anda mahu kerana semua jenis beras ada dijual. Daripada yang paling murah hingga yang paling mahal, semua ada.


Dalam pada itu, semasa membeli beras, pernah tak anda perasan dengan satu ciri khas yang sangat signifikan pada bungkusan beras?


Tidak kisah apa jenama sekali pun, setiap rekaan bungkusan beras mesti memiliki bahagian berwarna pada bahagian bawah bungkusan tersebut.


Anda juga dapat melihat ‘bahagian berwarna’ ini dengan jelas menerusi katalog-katalog pasar raya. Antara warna yang sering dilihat adalah seperti warna ungu dan warna biru muda.


Mungkin ini hanya bersifat kebetulan sahaja atau berkemungkinan, pereka grafik bagi bungkusan plastik beras ini balik-balik individu yang sama?


Namun, tekaan anda silap kerana bahagian berwarna pada bahagian bawah bungkusan sebenarnya label bagi mengenalpasti jenis beras. Lihat video di bawah untuk kenal pasti warna!




24 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page