Beli Tepung Buatan Malaysia
Tepung (Flour) adalah satu jenis bahan makanan asas penting diseluruh dunia untuk dijadikan pelbagai jenis produk makanan, merupakan partikel padat yang berbentuk butiran halus atau sangat halus hasil daripada pengisaran beberapa jenis bijirin seperti gandum, jagung, beras dan sebagainya.
Tepung Gandum merupakan jenis tepung yang paling banyak digunakan dalam rumah tangga dan bahan asas untuk sektor industri.
Tepung jenis lain pun boleh diproses daripada bahan tempatan dinegara kita seperti daripada ubikayu, keledek, jagung atau pelbagai bahan asas lain.
Mencari tepung gandum keluaran syarikat tempatan? Sokonglah barangan lokal dan buatan Malaysia.
Mewah Tepung Gandum ialah:
✅ Tepung tanpa peluntur
✅ Bebas daripada Benzol Peroxides
✅ Bebas daripada bahan kimia
✅ Bebas daripada GMO
✅ 100% produk semulajadi
✅ Stok sedia ada
✅ Beli Barangan Buatan Malaysia
✅ Tawaran istimewa
✅ Barang Lokal
✅ Produk rekaan tempatan
✅ Jualan Harga Patut
1. MEWAH Tepung Gandum/ Wheat Flour/ All Purpose Flour
Tepung gandum adalah antara jenis tepung paling biasa yang banyak dipasarkan secara komersial dan diperbuat daripada bijirin gandum yang dikisar halus yang biasanya berwarna putih. Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar dan halus dimana ia sesuai dan boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek dan sebagainya.
2. MEWAH Tepung Penaik/ Self Raising Flour
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder atau soda bicarbonate). Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake dan juga membuat kek.
3. MEWAH Tepung Pulut/ Glutinous Rice Flour
Tepung Pulut atau 'Glutinous rice flour' ialah tepung pulut yang berwarna putih. Selain kaya dengan Vitamin E dan juga Vitamin B, ia mudah dicerna lazimnya bagi mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung memang amat sesuai. Biasanya digunakan untuk membuat roti dan kuih tradisional yang lain.
4. MEWAH Tepung Ubi Kayu/ Tapioca Flour
Tepung Ubi adalah antara jenis tepung yang memang popular diperbuat daripada Ubi Kayu (Manihot esculenta). Tepung ini juga sering dipanggil sebagai Tepung Kanji. Banyak kegunaan tepung ini dimana tepung ubi kayu selalunya lebih meliatkan adunan yang dibuat semasa mengadun.
5. Mewah Tepung Kek/ Cake Flour
Tepung Kek yanag berprotein tinggi sesuai untuk membuat semua jenis kek seperti kek sponge dan pound kek kerana tepung ini mempunyai daya menganjalnya agak tinggi membuatkannya lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung Kek juga mempunyai tahap gluten yang tinggi.
6. MEWAH Tepung Beras/ Rice Flour
Tepung Beras adalah tepung yang diproses daripada Beras (Oryza sativa), jenis tepung 'gluten-free' dan dibuat dari beras yang dikisar halus. Tepung ini memang banyak digunakan dalam membuat kuih tradisional seperti kuih apam, kuih lapis, kuih talam dan juga sebagai bahan asas untuk bancuhan gorengan kuih, goreng pisang, goreng keladi, keladi, cempedak dan sebagainya. Tepung Beras juga dijadikan bahan asas untuk pembuatan bihun dan laksa. Kalau anda ke Terengganu dan suka makan sotong goreng, ikan goreng, ketam goreng maka bahan digunakan adalah tepung jenis ini.
7. MEWAH Tepung Cookie/ Cookie Flour
Tepung Cookie mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut atau cookie. Tepung Cookie bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup dan rapuh dala pembuatan biskut. Tepung berkualiti tinggi bukan sahaja sangat sesuai untuk membuat semua jenis biskut tapi juga sesuai untuk kek seperti kek chiffon, swiss rolls, crepes, donat dan sebagainya.
8. MEWAH Tepung Jagung/ Corn Starch
Tepung Jagung adalah sejenis tepung yang digiling dari biji jagung kering. Ia mengandungi sekam, kuman dan endosperma jagung serta dianggap sebagai tepung bijirin penuh. Teksturnya halus, serupa dengan tepung gandum. Ia bukan hanya bebas gluten yang dapat menjadi alternatif bagi tepung gandum, tetapi juga digunakan untuk memekatkan kuah atau membuat tortilla atau biskut.
9. MEWAH Tepung Roti/ Bread Flour
Tepung Roti yang berprotein tinggi sesuai untuk membuat semua jenis roti dan kuih pau kerana tepung ini mempunyai daya menganjalnya agak tinggi membuatkannya lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung Roti juga mempunyai tahap gluten yang tinggi.
Tunggu apa lagi? Singgah di mana-mana cawangan Aeon, Village Grocer dan Ben’s Independent Grocer untuk dapatkan tepung MEWAH anda!
Comentarios