top of page
Search

4 Tips dan Petua Nasi Tak Cepat Basi!

Writer's picture: MEWAH MyMEWAH My


Hai semua, hari ini MEWAH Admin akan berkongsi tips dan petua nasi tak cepat basi!

 

1. Masukkan secubit garam

Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk. Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.

 

2. Perahkan limau nipis

Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang sudah disukat dengan air. Jangan bimbang, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini. Malah, ia juga menjadikan nasi lebih harum dari biasa dan lebih tahan lama kerana keasidannya yang terhasil dari perahan limau tadi.

 

3. Basuh beras hingga bersih

Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi. Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga. Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.

 

4. Pastikan periuk dicuci bersih

Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi periuk  nasi dan kualiti nasi anda. Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.

 

Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk. Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air dan jenis beras yang digunakan.

 

Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada MEWAH Admin. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana. Selamat mencuba!

5 views0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


bottom of page