top of page

Products Information

Mewah Beras Ponni 500g

Mewah Beras Ponni 500g

Beras Ponni MEWAH merupakan beras yang diproses dan diimport khas dari negara India. Ianya sangat sesuai bagi semua hidangan harian anda. Beras Ponni MEWAH sangat sihat, enak dan sesuai untuk dihidangan bersama kari pedas dan hidangan kegemaran anda!

 

Berikut merupakan kelebihan Beras Ponni MEWAH dalam hidangan harian anda:

  • Beras Ponni daripada India (Premium Medium-grain hybrid Ponni Rice)
  • Bebas lemak, rendah kalori dan bebas kolesterol
  • Sumber Karbohidrat, Serat Makanan dan Protein setiap hari
  • Indeks Glikemik Rendah untuk tahap tenaga yang stabil dan tahan lama (Membantu menurunkan kesan peningkatan tahap glukosa dan melawan diabetes)
  • Kaya dengan mineral seperti Kalium, Zat Besi, Kalsium dan Natrium
  • Tekstur wangi semula jadi, lembut dan lembap
  • Sangat digalakkan oleh pakar pemakanan sebagai sebahagian daripada diet makanan rutin harian
  • Sesuai untuk Vegan dan Vegetarian
  • Sesuai untuk hidangan harian, tempatan dan antarabangsa

 

Cadangan: Letakkan di tempat yang kering dan jauh daripada matahari.

 

Cadangan Memasak:
1. Tuangkan 2 cawan beras ke dalam periuk dalam dan bilas beras.
2. Masukkan 2.5 cawan air untuk 2 cawan beras.
3. Masukkan 1 sudu teh garam (pilihan).
4. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan hidupkan.
5. Jangan angkat penutup atau kacau semasa nasi masih masak.
6. Setelah masak, gaulkan nasi dengan garpu, kemudian hidangkan.

Related Products

bottom of page