top of page

Products Information

Mewah Beras Sushi 500g

Mewah Beras Sushi 500g

Beras Sushi juga dikenali sebagai Calrose. “Cal” bukan bermaksud Kalori malah ianya bermaksud berasal dari California. “Rose” pula menunjukkan bentuk butir beras yang sederhana. Beras ini adalah beras yang popular di Asia dang pernah dianggap sebagai beras eksotik. Butir-butir nasi yang lembut melekat dan harum menjadikannya bahan ideal dalam masakkan seperti sushi terutamanya. Beras Sushi Mewah juga adalah sesuai untuk semua hidangan. MEWAH Beras Sushi diimport dari pengeluar tanaman kelas premium di Vietnam.

 

Berikut merupakan kelebihan dan khasiat MEWAH Beras Sushi dalam hidangan kegemaran anda:

  • Kaya dengan Protein, Kalium dan Fosforus
  • Pada dasarnya bebas lemak, rendah kalori dan bebas kolesterol
  • Sumber Karbohidrat yang hebat untuk tenaga harian
  • Dipuji kerana teksturnya yang lembut dan melekit
  • Meningkatkan rasa dan aroma untuk hidangan kegemaran anda
  • Sesuai untuk kebanyakan hidangan harian, Jepun dan Korea

 

Cadangan: Letakkan di tempat yang kering dan jauh daripada matahari.

 

Cadangan Memasak:
1. Tuangkan 2 cawan beras ke dalam periuk dalam dan bilas beras.
2. Masukkan 2 cawan air untuk 2 cawan beras.
3. Masukkan 1 sudu teh garam (pilihan).
4. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan hidupkan.
5. Jangan angkat penutup atau kacau semasa nasi masih masak.
6. Setelah masak, gaulkan nasi dengan garpu, kemudian hidangkan.

Related Products

bottom of page