Mewah Beras Ungu 300g
Beras Ungu MEWAH ditanam oleh petani tradisional di Sri Aman, Sarawak. Ianya mempunyai nutrien komprehensif untuk memenuhi keperluan harian badan dan sesuai untuk seisi keluarga. Warnanya eksotik dan ungu gelap, aromanya harum dengan tekstur kenyal , tinggi tenaga dan rendah kalori, sangat sesuai untuk seisi keluarga untuk dimakan setiap hari atau sebagai minuman yogurt. Beras Ungu juga amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.
Berikut merupakan kelebihan mengambil Beras Ungu MEWAH dalam diet harian anda:
Kandungan antioksidan Anthocyanin yang tinggi
Bebas gluten, bebas lemak, bebas kolesterol, rendah lemak dan beras yang sihat
Indeks Glikemik Rendah untuk tahap tenaga yang stabil dan tahan lama (Membantu menurunkan kesan peningkatan tahap glukosa dan melawan diabetes)
Sumber Vitamin B1, B2, B3, B4 dan E setiap hari
Bebas gluten dan tinggi dengan mineral seperti Kalium, Fosforus dan Natrium dan Magnesium
Sumber Serat, Protein dan Karbohidrat setiap hari
- Rasa butir-butir beras yang enak dan tekstur kenyal dengan aroma eksotik
- Meninggkatkan aroma dan rasa bagi hidangan anda
- Sesuai untuk hidangan harian, tempatan dan antarabangsa
Cadangan: Letakkan di tempat yang kering dan jauh daripada matahari.
Cadangan Memasak:
1. Tuangkan 2 cawan beras ke dalam periuk dalam dan bilas beras.
2. Masukkan 2.5 cawan air untuk 2 cawan beras.
3. Masukkan 1 sudu teh garam (pilihan).
4. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan hidupkan.
5. Jangan angkat penutup atau kacau semasa nasi masih masak.
6. Setelah masak, gaulkan nasi dengan garpu, kemudian hidangkan.