Mewah Vasmati 5Kg
Aroma Beras Vasmati adalah eksotik. Vasmati berasal dari kata Hindi atau Sanskrit yang bermaksud "harum". Butir-butir berasnya adalah panjang dan bertekstur lembut. Beras Vasmati MEWAH telah ditanam di India selama beribu-ribu tahun, ianya disajikan dengan masakan seperti kari dan pelbagai hidangan Asia.
Nasi Basmati Pusa 1121 Parboiled Gred Premium MEWAH diimport dari India dan mempunyai butir-butir beras yang panjang iaitu panjangnya lebih 8mm dan ke atas.
Berikut adalah beberapa kelebihan MEWAH Beras Vasmati dalam diet sihat harian anda:
- Indeks Glikemik Rendah untuk tahap tenaga yang stabil dan tahan lama (Membantu menurunkan kesan peningkatan tahap glukosa dan melawan diabetes)
- Pada dasarnya bebas lemak dan kolesterol, rendah kalori
- Mengandungi mineral seperti Zat Besi, Kalsium dan Vitamin B1, B3, B6 dan E
- Aroma eksotik dengan tekstur lembut dan gebu
- Meningkan rasa dan aroma hidangan anda
- Sesuai untuk hidangan harian, tempatan dan antarabangsa
- Cadangan: Letakkan di tempat yang kering dan jauh daripada matahari.
Cadangan Memasak:
1. Tuangkan 2 cawan beras ke dalam periuk dalam dan bilas beras.
2. Masukkan 2.5 cawan air untuk 2 cawan beras.
3. Masukkan 1 sudu teh garam (pilihan).
4. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan hidupkan.
5. Jangan angkat penutup atau kacau semasa nasi masih masak.
6. Setelah masak, gaulkan nasi dengan garpu, kemudian hidangkan.